Rakam, pilih dan keluarkan babak dalam sel
Apabila parameter Mod Rakaman untuk sel disetkan ke Babak, setiap rakaman baharu dalam sel mencipta babak baharu. Apabila sel mengandungi babak, bilangan babak kelihatan di penjuru kiri bawah sel dan bilangan babak aktif kelihatan di sebelah kiri atas. Anda boleh memilih babak yang didengari apabila sel dimainkan dan mengeluarkan babak daripada sel.
Rakam babak
Sebelum rakaman, pastikan Mod Rakaman untuk sel disetkan ke Babak.
Setiap kali sel sampai ke penghujung panjang rakamannya, babak baharu mula merakam.
Pilih babak
Ketik butang Edit , ketik sel yang mengandungi babak, kemudian ketik Babak.
Ketik babak, kemudian ketik Selesai.
Keluarkan babak
Ketik butang Edit , ketik sel yang mengandungi babak, kemudian ketik Babak.
Ketik babak yang anda mahu keluarkan, ketik Keluarkan Babak, kemudian ketik Selesai.