Tambah kord tersuai dalam Logic Remote pada iPad
Anda boleh menambah kord tersuai anda sendiri dengan mengubah suai kord sedia ada untuk Instrumen Sentuh Gitar, Bes, Tali dan Keyboard. Kord tersuai boleh termasuk sambungan (not tambahan) dan not bes alternatif. Apabila anda menambahkan kord tersuai, ia tersedia untuk semua Instrumen Sentuh dalam projek.
Tambah kord tersuai
Ketik butang Paparan dalam bar kawalan, kemudian ketik Jalur Kord.
Jalur kord untuk Instrumen Sentuh pilihan anda ditunjukkan.
Ketik butang Seting dalam bar kawalan, kemudian ketik Edit Kord.
Edit Kord tersedia untuk Instrumen Sentuh Gitar, Bes, Tali dan Keyboard.
Ketik jalur kord yang anda mahu gunakan untuk kord tersuai.
Leret roda Kord untuk mengesetkan akar kord dan kualiti kord serta untuk menambahkan sambungan (not tambahan). Leret roda Bes jika anda mahu menambah not bes berlainan.
Apabila anda selesai, ketik Selesai untuk kembali ke jalur kord.