bar sisi
Bar sisi ialah kawasan di bahagian kiri tetingkap Keynote yang menunjukkan pemeriksa Format, Animasi atau Dokumen.
Pemeriksa Format: Klik dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan pemformatan untuk apa-apa sahaja yang dipilih dalam pembentangan, seperti teks, bentuk atau imej. Klik tab di bahagian atas bar sisi untuk melihat lebih banyak kawalan.
Pemeriksa animasi: Klik dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan untuk menganimasikan objek pada slaid dan mengesetkan transisi antara slaid.
Pemeriksa dokumen: Klik dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan untuk menukar elemen yang mempengaruhi keseluruhan pembentangan anda, seperti tema dan lagu tema.
Jika bar sisi terbuka dan anda klik ikonnya dalam bar alat, bar sisi ditutup.