objek
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada slaid, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, objek 3D, jadual dan carta. Untuk menambah objek ke slaid, klik satu daripada butang objek dalam bar alat.
Secara lalai, objek terapung secara bebas, jadi anda boleh menempatkannya di mana-mana slaid, atau lapiskannya dengan teks atau objek lain. Apabila objek dipilih, kawalan pemformatan untuknya kelihatan dalam bar sisi Format di bahagian kanan slaid. Anda boleh menambah kandungan ke objek dan mengubah suai rupanya.
Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk, supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.