pintasan papan kekunci

Pintasan papan kekunci ialah cara yang mudah untuk melengkapkan tindakan dengan menekan dua atau lebih kekunci pada papan kekunci anda pada masa yang sama. Contohnya, pintasan papan kekunci untuk mencetak ialah Command-P, yang bermakna anda menekan kekunci Command dan P pada masa yang sama.

Dalam menu di bahagian atas skrin, pintasan papan kekunci yang tersedia ditunjukkan di sebelah kanan perintah menu yang sepadan dengannya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pintasan papan kekunci dan simbol yang digunakan dalam pintasan papan kekunci, pilih Bantuan > Pintasan Papan Kekunci daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin.