bar alat
Bar alat ialah baris butang di atas pembentangan anda dalam tetingkap Keynote. Klik butang untuk melihat pilihan bagi memasukkan objek seperti bentuk, carta dan jadual; untuk membuka dan menutup bar sisi; untuk menunjukkan atau menyembunyikan imej kecil slaid dan banyak lagi.
Anda boleh menyesuaikan bar alat dengan menukar butang yang kelihatan dan susunannya. Jika anda tidak melihat butang yang disebut dalam arahan, butang tersebut mungkin telah dikeluarkan. Anda boleh menambahnya kembali dengan menyesuaikan bar alat sekali lagi.
Untuk menyesuaikan bar alat, pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Petua: Bar menu di bahagian atas skrin anda (di atas tetingkap Keynote) termasuk beberapa menu yang mempunyai nama yang sama seperti butang dalam bar alat. Menu ini selalunya tidak mengandungi pilihan yang sama seperti item bar alat. Dalam kebanyakan kes, menu bar menu mempunyai lebih banyak arahan daripada yang tersedia daripada bar alat.