tataletak slaid
Setiap tataletak slaid memberikan susunan teks dan imej berlainan yang sepadan dengan rupa dan rasa temanya. Apabila anda mahu mencipta slaid yang mempunyai elemen tertentu—seperti tajuk dan tajuk kecil, senarai berbulet atau imej—anda pilih tataletak slaid yang paling hampir dengan rupa yang anda mahukan. Tataletak slaid mengandungi ruang letak untuk teks dan imej, yang anda gantikan dengan kandungan anda sendiri.