objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada slaid, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta.

Untuk menambah objek pada slaid, ketik butang Tambah Objek kemudian ketik satu daripada butang objek di bahagian atas menu, kemudian pilih objek.

Kawalan untuk menambah objek, dengan butang di bahagian atas untuk memilih jadual, carta, bentuk (termasuk garis dan kotak teks) serta media.

Selepas anda menambah objek, anda boleh menyeretnya ke tempat anda mahunya berada pada slaid, tambah kandungan padanya dan ubah suai rupanya.

Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk, supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.