paparan slaid
Dalam paparan slaid, satu slaid kelihatan dalam tetingkap Keynote, yang menyediakan kanvas lebih besar untuk mengedit. Anda boleh tunjukkan atau sembunyikan penavigasi slaid di bahagian kiri untuk pilih, tambah, susun semula atau padam slaid dalam paparan ini. Ini ialah paparan lalai apabila anda mencipta pembentangan daripada tema.
Untuk melihat paparan slaid, ketik di bahagian atas skrin, kemudian pilih Paparan Slaid.
Nota: Untuk menunjukkan penavigasi slaid, ketik butang yang menunjukkan nombor slaid berhampiran penjuru kiri atas kanvas Keynote atau cubit tutup pada slaid untuk mengurangkan saiznya ke Muat atau lebih kecil.