Tambah garis dan anak panah dalam Keynote pada iPhone
Anda boleh mencipta garis lurus atau melengkung, kemudian menyesuaikan rupanya dengan menukar lebarnya (ketebalan) atau warna atau menambah titik tamat berlainan—contohnya, anak panah, bulatan atau segi empat. Sambungkan dua objek dengan garis supaya ia kekal bersambung, walaupun semasa ia bergerak.
Tambah dan edit garis
Ketik , kemudian ketik .
Dalam kategori Asas, ketik garis lurus atau melengkung untuk menambahnya ke slaid.
Seret garis ke tempat yang anda mahukan pada slaid.
Untuk menukar panjang dan putaran garis, seret titik biru di hujung garis.
Untuk garis melengkung, seret titik hijau untuk menukar kelengkungan.
Untuk mengubah suai gaya garis, ketik , kemudian ketik gaya garis.
Laraskan mana-mana daripada berikut:
Gaya Goresan: Ketik Gaya, kemudian ketik gaya goresan.
Warna: Ketik perigi warna, leret untuk melihat pilihan warna, kemudian ketik untuk memilih warna. (Lihat Isikan objek dengan warna atau imej dalam Keynote pada iPhone untuk maklumat lanjut tentang memilih warna.)
Lebar: Seret gelangsar untuk menukar ketebalan garis.
Kepala Anak Panah: Ketik seting anak panah kiri atau kanan, kemudian ketik gaya kepala anak panah.
Bayang: Ketik untuk mengaktifkan Bayang, kemudian ketik salah satu kesan bayang.
Pantulan: Ketik untuk mengaktifkan Pantulan, kemudian gerakkan gelangsar untuk melaraskan kesan.
Kelegapan: Seret gelangsar Kelegapan untuk menjadikan garis lebih atau kurang lutsinar.
Edit lengkungan dan penjuru garis
Anda boleh mengedit garis melengkung untuk menambah penjuru atau lengkungan bersudut tepat. Semasa anda mengedit, anda boleh menukar penjuru kepada lengkungan dan kembali dengan cepat.
Ketik garis melengkung untuk memilihnya, kemudian ketik .
Dalam tab Gaya, ketik Sambungan, kemudian ketik Lengkungan atau Penjuru.
Sambungkan dua objek dengan garisan
Anda boleh menyambung dua objek dengan garis sambungan melengkung, lurus atau bersudut tepat. Jika anda menggerakkan satu atau lebih objek bersambung, ia kekal disambungkan oleh garis. Ini amat berguna jika anda mencipta carta alir.
Sebelum anda melakukan tugas ini, tambah dua atau lebih objek pada slaid yang anda ingin sambungkan.
Pilih dua objek, ketik , kemudian ketik .
Dari kategori Asas, ketik garis melengkung untuk menambahnya ke slaid.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar garis melengkung kepada garis sambungan lurus atau sudut tegak : Ketik garis untuk memilihnya, ketik , ketik tab Gaya, ketik Sambungan, kemudian ketik pilihan.
Laraskan jarak di antara titik tamat garis dan bentuk disambungkannya: Ketik garis untuk memilihnya, ketik , ketik tab Gaya, ketik Sambungan, kemudian seret gelangsar Outset.
Tukar kedudukan sudut atau lengkung: Seret titik hijau (anda mungkin perlu menjadikan garis lebih panjang untuk melihatnya).
Anda boleh menukar rupa garis sambungan sama dengan menukar ketebalan, warna, gaya garis dan titik tamat dengan menambah kesan seperti bayang dan pantulan.
Untuk bekerja dengan berbilang garis pada masa yang sama, sentuh dan tahan satu garis, kemudian ketik garis lain dengan jari lain.