pilih berbilang objek
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada slaid, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk memilih berbilang objek, lakukan salah satu daripada berikut:
Sentuh dan tahan satu objek pada skrin, kemudian ketik objek lain dengan jari lain. Gunakan kedua-dua tangan jika ia lebih mudah.
Sentuh dan tahan kawasan kosong pada skrin, kemudian seret kotak yang muncul di sekeliling objek yang anda mahu pilih.
Jika iPadOS telah dipasang pada iPad anda dan anda menggunakan papan kekunci Bluetooth, tahan Shift-Command, kemudian pilih berbilang objek.
Nota: Jika anda bekerja dengan objek sebaris, anda hanya boleh mengedit satu objek pada satu masa.