pilih berbilang objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada slaid, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk memilih berbilang objek, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Sentuh dan tahan satu objek pada skrin, kemudian ketik objek lain dengan jari lain. Gunakan kedua-dua tangan jika ia lebih mudah.

  • Sentuh dan tahan kawasan kosong pada skrin, kemudian seret kotak yang muncul di sekeliling objek yang anda mahu pilih.

  • Jika iPadOS telah dipasang pada iPad anda dan anda menggunakan papan kekunci Bluetooth, tahan Shift-Command, kemudian pilih berbilang objek.

Nota: Jika anda bekerja dengan objek sebaris, anda hanya boleh mengedit satu objek pada satu masa.