objek
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada slaid, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta.
Untuk menambahkan objek ke slaid, ketik satu daripada butang objek di tengah bar alat di bahagian atas skrin anda, kemudian pilih objek daripada menu.

Selepas anda menambah objek, anda boleh menyeretnya ke tempat anda mahunya berada pada slaid, tambah kandungan padanya dan ubah suai rupanya.
Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk, supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.