objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada slaid, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk menambah objek ke slaid, ketik butang Tambah Objek dalam bar alat, kemudian ketik satu daripada butang objek.

Selepas anda menambah objek, anda boleh menyeretnya ke tempat anda mahunya berada pada slaid, tambah kandungan padanya dan ubah suai rupanya.

Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, kotak teks, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam bentuk atau kotak teks supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.