daftar masuk dengan Apple ID

Jika anda menggunakan iCloud untuk menyimpan dan mengakses mel, foto dan dokumen, atau untuk menggunakan Cari atau perkhidmatan lain, anda mesti mendaftar masuk pada peranti anda menggunakan Apple ID.

Jika anda pernah membeli sesuatu daripada iTunes Store, App Store, app Apple TV, atau Kedai Buku, anda mempunyai Apple ID. Jika anda tidak ingat Apple ID anda, atau anda tahu anda tidak mempunyainya, ketik satu daripada pautan di bawah medan daftar masuk iCloud untuk mencipta Apple ID atau mengambil Apple ID atau kata laluan anda.

Lakukan salah satu daripada berikut untuk mendaftar masuk:

  • Pada Mac: Pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem, kemudian klik Daftar Masuk dan ikuti arahan.

  • Pada iPhone atau iPad: Pada skrin Utama, ketik Seting, kemudian ketik iCloud.

  • Pada web: Pergi ke iCloud.com.

  • Pada komputer Windows: Dalam Windows 7 atau lebih baru, klik app iCloud atau jubin pada skrin Mula, atau pilih iCloud daripada menu Mula.

Jika anda terlupa Apple ID anda atau kata laluannya, anda boleh memulihkannya pada tapak web Apple ID.

Jika anda tidak boleh membuka pembentangan yang dikongsikan dengan anda oleh orang lain, kemungkinan alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menjemput anda tidak dikaitkan dengan Apple ID anda. Daftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian ikuti arahan untuk mengesahkan alamat e-mel atau nombor telefon anda dan kaitkannya dengan Apple ID anda. Selepas itu, daftar masuk menggunakan alamat e-mel utama atau nombor telefon yang dikaitkan dengan Apple ID anda.

Nota: Jika anda tidak mahu mengaitkan alamat e-mel lain dengan Apple ID, anda boleh meminta pemilik pembentangan dikongsi untuk menjemput anda lagi menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang telah dikaitkan dengan Apple ID anda.