penavigasi slaid

Penavigasi slaid menunjukkan imej kecil slaid yang terdapat dalam pembentangan anda dan kelihatan di sebelah kiri tetingkap Keynote dalam paparan slaid. Anda boleh mengetik imej kecil untuk melompat ke slaid khusus atau menyeret imej kecil untuk menyusun semula pembentangan anda.

Penavigasi slaid.

Dalam paparan slaid, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut untuk menunjukkan penavigasi slaid.

  • Cubit tutup pada slaid untuk mengurangkan paras zum ke Muat atau lebih kecil.

  • Leret kanan dari di pinggir kiri skrin.

  • Ketik butang yang menunjukkan nombor slaid di penjuru kiri atas gelangsar.

    Butang penavigasi slaid menunjukkan nombor slaid semasa dan jumlah bilangan slaid dalam pembentangan.

Untuk sentiasa melihat penavigasi slaid dalam Paparan Slaid, ketik butang Pilihan Paparan, kemudian pilih Sentiasa Tunjukkan Penavigasi.