penavigasi slaid
Penavigasi slaid ialah senarai menegak imej kecil slaid yang muncul pada sebelah kiri tetingkap Keynote dalam paparan slaid. Anda boleh mengklik imej kecil untuk melompat ke slaid khusus atau menyeretnya bagi menyusun semula pembentangan anda.
Dalam paparan slaid, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut untuk menunjukkan penavigasi slaid.
Cubit tutup pada slaid untuk mengurangkan paras zum ke Muat atau lebih kecil.
Leret kanan dari di pinggir kiri skrin.
Ketik butang yang menunjukkan nombor slaid di penjuru kiri atas gelangsar.