pilih sel
Pilih sel: Ketik padanya.
Pilih sel tidak bersebelahan: Ketik sel, ketik Pilih Sel, kemudian ketik lebih sel dalam jadual atau seret titik biru merentas sel yang anda mahu pilih. Apabila anda selesai memilih, ketik Selesai.
Pilih julat sel berdekatan: Ketik sel, kemudian seret titik biru merentas julat sel bersebelahan.
Jika anda tidak melihat titik biru, ketik untuk menutup papan kekunci.
Pilih semua sel dalam jadual: Ketik sel, ketik Pilih Sel, kemudian ketik Pilih Semua. Apabila anda selesai memilih, ketik Selesai.
Edit kandungan sel: Dwiketik sel.