Panduan Pengguna Keynote untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Keynote
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta pembentangan pertama anda
- Buka pembentangan
- Simpan dan namakan pembentangan
- Cari pembentangan
- Cetak pembentangan
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Keynote
- Cipta pembentangan menggunakan VoiceOver
-
- Hantar pembentangan
- Pengenalan kepada kerjasama
- Jemput orang lain untuk bekerjasama
- Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
- Tukar seting pembentangan dikongsi
- Henti berkongsi pembentangan
- Folder dikongsi dan kerjasama
- Gunakan Box untuk bekerjasama
- Cipta GIF beranimasi
- Siarkan pembentangan anda dalam blog
- Hak Cipta
Tambah atau keluarkan baris dan lajur dalam Keynote pada iPad
Anda boleh tambah, padam dan susun semula baris dan lajur dalam jadual. Terdapat tiga jenis baris dan lajur dalam jadual:
Baris dan lajur isi mengandungi data jadual.
Baris dan lajur pengepala (jika ada) di bahagian atas dan kiri jadual. Baris dan lajur pengepala biasanya mempunyai warna latar belakang berbeza daripada baris isi dan biasanya digunakan untuk mengenal isi baris atau lajur.
Baris pengaki (jika ada) terdapat di bahagian bawah jadual dan kadangkala mempunyai warna latar belakang berbeza daripada baris isi.
Tambah atau keluarkan baris dan lajur
Ketik jadual.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar bilangan baris: Ketik di penjuru kiri bawah jadual, kemudian ketik anak panah.
Tukar bilangan lajur: Ketik di penjuru kanan atas jadual, kemudian ketik anak panah.
Masukkan atau padamkan baris atau lajur di dalam jadual: Ketik nombor baris atau huruf lajur, kemudian ketik Masukkan atau Padam.
Anda juga boleh salin baris dan lajur daripada jadual dalam pembentangan lain atau daripada Pages atau Numbers.
Tambah atau keluarkan baris dan lajur pengepala
Menambah baris pengepala, lajur pengepala dan baris pengaki akan menukar baris atau lajur sedia ada menjadi pengepala atau pengaki. Contohnya, jika anda mempunyai data dalam baris pertama jadual dan anda menambah baris pengepala, baris pertama ditukarkan kepada pengepala yang mengandungi data yang sama. Data dalam sel pengepala tidak digunakan dalam pengiraan.
Ketik jadual, ketik , ketik jadual, kemudian ketik Pengepala & Pengaki.
Ketik bersebelahan kategori pengepala atau pengaki.