Tulis dalam jurnal anda pada Mac
App Jurnal memudahkan anda mencatat fikiran anda tentang detik setiap hari dan peristiwa istimewa.

Cipta catatan jurnal
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Klik
di bahagian atas skrin.
Jika anda tidak melihat
, klik Jurnal dalam bar sisi.
Mula menulis atau klik
untuk menambah lukisan. Lihat Tambah lukisan.
Cipta berbilang jurnal
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Klik
dalam bar sisi di atas Semua Catatan, namakan jurnal baharu, kemudian klik Selesai.
Dalam bar sisi, anda boleh menyusun semula jurnal dengan menyeret setiap satu.
Untuk mengedit nama, warna atau ikon jurnal, Control-klik nama jurnal, kemudian pilih Edit Jurnal.
Mulakan catatan jurnal daripada app lain
Semasa anda melakukan sesuatu dalam app lain—seperti mendengar lagu dalam app Muzik atau membaca artikel dalam app News—anda boleh mencatat fikiran anda dalam catatan jurnal baharu dengan cepat.
Sebelum anda bermula, aktifkan perkongsian untuk Jurnal. Lihat Benarkan perkongsian daripada app lain.
Dalam app yang anda gunakan, klik
atau Kongsi, kemudian klik Jurnal.
Masukkan fikiran anda, kemudian klik
atau Simpan.
Item yang disimpan ditambahkan ke jurnal utama anda. Temuinya dalam app Jurnal dengan memilih Jurnal dalam bar sisi.