Tukar seting jurnal anda pada Mac
Anda boleh menyesuaikan seting untuk app Jurnal ; contohnya, setkan jadual untuk penjurnalan, tambah lokasi ke catatan baharu secara automatik dan banyak lagi.
Tambah tajuk, tarikh atau lokasi semasa ke catatan jurnal baharu
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Pilih Jurnal > Seting > Umum, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah tajuk ke catatan baharu: Klik
, kemudian pilih Sentiasa, Hanya untuk Detik atau Jangan.
Gunakan tarikh daripada detik sebagai tarikh catatan: Aktifkan Sentiasa Gunakan Tarikh Detik.
Tambah lokasi semasa ke catatan baharu: Aktifkan Tambah Lokasi Semasa.
Simpan foto dan video yang diambil dalam Jurnal ke app Foto
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Pilih Jurnal > Seting, kemudian klik Umum.
Aktifkan Simpan ke Foto.
Benarkan perkongsian daripada app lain
Anda boleh memulakan catatan jurnal dengan berkongsi lampiran daripada app lain—seperti lagu daripada app muzik atau artikel daripada app News. Untuk melihat app Jurnal sebagai pilihan perkongsian, tambahnya ke Item Log Masuk & Sambungan.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Umum
, kemudian klik Item Log Masuk & Sambungan.
Pilih Ikut App, kemudian klik
di sebelah Jurnal.
Aktifkan Perkongsian.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan Jurnal
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Pemberitahuan
, kemudian klik Jurnal.