Bina tabiat dengan Jurnal pada Mac
Dengan app Jurnal, anda boleh menjadualkan pemberitahuan tersuai untuk membina tabiat dan menjejak matlamat penjurnalan anda dengan paparan Cerapan.
Jejak matlamat penjurnalan dengan Cerapan
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Pencapaian berterusan menulis semasa anda—bilangan hari atau minggu berterusan yang anda telah menulis jurnal—dan cerapan lain berada dalam bar sisi.
Klik Cerapan, kemudian klik sebarang jubin untuk melihat lebih butiran.
Petua: Klik
untuk membuka dan menutup bar sisi.
Setkan jadual penjurnalan
Anda boleh diingatkan untuk menulis dengan pemberitahuan penjurnalan.
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Pilih Jurnal > Pemberitahuan, kemudian aktifkan Jadual.
Setkan hari dan masa pemberitahuan.
Untuk mendapatkan peringatan sebelum pencapaian berterusan menulis tamat tempoh, aktifkan Pencapaian Berterusan.