Tambah pemformatan, foto dan banyak lagi dalam Jurnal pada Mac
Dalam app Jurnal, anda boleh mencipta catatan jurnal multimedia dengan menambah foto, lukisan, video, audio dan banyak lagi.

Format teks
Anda boleh melaraskan warna, gaya atau pemformatan teks catatan.
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Semasa mengarang catatan, klik
.
Gunakan teks tebal, italik, garis bawah, garis potong, senarai berbulet atau bernombor, petikan blok atau warna fon.
Tambah lukisan
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Semasa mengarang catatan, klik
, kemudian klik
dan mula melukis.
Petua: Untuk meletakkan lukisan sebaris dengan teks, Control-klik tempat yang anda mahu letakkan lukisan, kemudian pilih Masukkan Lukisan.
Untuk melihat alat lain atau menukar ketebalan goresan, klik anak panah di sebelah
.
Apabila anda selesai melukis, klik
.
Anda boleh mensaiz semula dan menyusun semula lukisan sebaris. Untuk mensaiz semula, seret pemegang di bahagian kanan bawah. Untuk menyusun semula, klik dan seret lukisan ke lokasi baharu.
Tambah foto atau video ke grid atau sebaris dengan teks
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Semasa mengarang catatan, lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih foto dan video daripada pustaka anda: Klik
.
Ambil foto atau video baharu: Klik
. Anda mungkin perlu membenarkan akses kamera dan mikrofon.
Untuk meletakkan foto dan video sebaris dengan teks catatan, seretnya dari grid.
Anda boleh mensaiz semula media sebaris dengan menyeret pemegang di kiri bawah bingkai. Lihat Bekerja dengan lampiran.
Tambah lokasi peta
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Semasa mengarang catatan, klik
.
Apabila anda menambah lokasi, catatan kelihatan dalam Tempat dalam bar sisi. Lihat Lihat catatan mengikut lokasi.
Bekerja dengan lampiran
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Semasa mengarang catatan, lakukan mana-mana yang berikut:
Letakkan lampiran sebaris dengan teks: Seret foto, video, lukisan, lokasi dan rakaman dari grid ke teks catatan.
Saiz semula lampiran sebaris: Seret pemegang bingkai.
Lihat lampiran dalam skrin penuh: Dwiklik imej kecil.
Susun semula lampiran: Seret imej kecil ke kedudukan berbeza.
Keluarkan lampiran: Klik
di penjuru kanan atas imej kecil.
Rakam dan transkripsikan audio
Anda boleh merakam audio dan membuatkan perkataan anda ditranskripsikan dalam catatan jurnal. Transkripsi audio tersedia dalam Inggeris sahaja (kecuali tempatan Singapura dan India).
Pergi ke app Jurnal
pada Mac anda.
Semasa mengarang catatan, klik
.
Klik
, kemudian mula bercakap.
Apabila anda selesai, klik
, kemudian klik Selesai.
Dwiklik rakaman audio, kemudian klik
untuk menyemak transkripsi.
Untuk menambah teks ke catatan, klik
, kemudian klik Tambah Transkrip ke Catatan.