Tukar seting podcast dalam iTunes pada Mac
Dalam app iTunes pada Mac anda, gunakan Lalai Podcast untuk menukar pilihan bagi sebarang podcast yang tidak mempunyai seting sendiri.
Untuk menukar pilihan ini, pilih Podcast dari menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Lalai di bahagian bawah tetingkap.
Segar Semula | Pilih kekerapan iTunes menyemak untuk episod baru. Jika anda memilih secara Manual, anda boleh menyemak untuk episod baru dengan mengklik Segar Semula di bahagian bawah senarai podcast dalam tetingkap iTunes. | ||||||||||
Hadkan Episod | Pilih bilangan maksimum episod yang anda mahu simpan. Sebarang episod yang melebihi maksimum akan dipadamkan secara automatik. Jika anda tidak mahu sebarang episod dipadamkan secara automatik, pilih Tidak Aktif. | ||||||||||
Muat Turun Episod | Untuk membolehkan iTunes memuat turun episod baru secara automatik apabila ia tersedia, pilih Aktif. Jika anda tidak mahu sebarang episod dimuat turun secara automatik, pilih Tidak Aktif. | ||||||||||
Padam Episod Dimainkan | Untuk membolehkan iTunes memadamkan episod secara automatik selepas anda memainkannya, pilih Aktif. Jika anda mahu memadamkan episod secara manual, pilih Tidak Aktif. |