Touch ID

Ciri pengecaman cap jari tersedia pada sesetengah komputer Mac. Dengan Touch ID, anda boleh membeli item daripada iTunes Store dan mendaftar masuk ke akaun iTunes Store anda.

Touch ID terletak di penjuru kanan atas papan kekunci, bersebelahan Touch Bar atau baris kekunci fungsi, bergantung pada model Mac anda.

Nota: Dengan pembelian pertama anda, anda mesti menggunakan Apple ID dan kata laluan anda untuk membenarkan pembelian; selepas itu, anda boleh memilih untuk menggunakan Touch ID untuk pembelian seterusnya.

Touch ID terletak di penjuru kanan atas papan kekunci.

Untuk menggunakan Touch ID, letakkan jari anda padanya. Untuk menyediakan Touch ID, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Touch ID.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Touch ID, lihat artikel Sokongan Apple ini.