AAC

Pengekodan Audio Lanjutan (juga dipanggil MPEG-4); cara standard untuk memampatkan dan mengekodkan audio digital. Fail AAC boleh dimainkan menggunakan iPhone, iPad, iPod dan aplikasi yang menyokong QuickTime.

Fail yang dikodkan AAC hampir setanding dengan kualiti CD audio dan berbunyi hampir setara atau lebih baik daripada fail MP3 yang dikodkan pada kadar bit yang sama atau lebih tinggi. Contohnya, fail AAC 128 kbps akan berbunyi setanding dengan atau lebih bagus daripada fail MP3 160 kbps. Disebabkan kadar bit adalah lebih rendah, fail AAC juga adalah lebih kecil daripada fail MP3.

Fail AAC membolehkan anda menyimpan kebanyakan muzik pada cakera keras atau peranti anda. Pada seting Kualiti Tinggi, fail AAC menggunakan lebih kurang 1 MB ruang cakera untuk setiap minit.