Apple Lossless

Kaedah yang dibangunkan oleh Apple untuk memampatkan trek muzik bagi mencipta fail muzik digital. Fail Apple Lossless boleh dimainkan pada platform Apple disokong dan iTunes untuk Windows. Gunakan Apple Lossless untuk mendengar lagu pada sistem bunyi berkualiti audiophile tanpa kehilangan kualiti dan untuk membakar CD audio berkualiti tinggi daripada lagu yang diimport.

Fail Apple Lossless menggunakan lebih kurang 5 MB ruang cakera untuk setiap minit.