Daftar masuk dengan Apple ID anda

Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, Apple Books dan banyak lagi.

Anda boleh mendaftar masuk semasa persediaan atau pergi ke Seting , ketik Daftar masuk ke iPhone anda, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya.

Anda boleh melihat dan menukar maklumat Apple ID anda, termasuk nama, foto, maklumat hubungan, kata laluan, seting keselamatan dan maklumat bayaran dan penghantaran.

Maklumat dan kandungan anda tersedia pada semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.