Sambungkan iPad ke paparan dengan kabel
Dengan kabel atau penyesuai yang bersesuaian, anda boleh menyambungkan iPad anda ke paparan kedua, seperti paparan komputer, TV, atau projektor, di tempat anda boleh melihat skrin iPad.
Untuk mengembangkan ruang kerja Mac anda dengan menyambungkan Mac ke iPad anda, lihat Gunakan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda.
Sambungkan iPad ke Studio Display atau Pro Display XDR
Paparan Apple anda dihidupkan secara automatik apabila anda memasangkannya ke sumber kuasa dan menyambungkannya ke iPad anda (model disokong) menggunakan kabel Thunderbolt yang disertakan dengan paparan. iPad anda dicaskan semasa disambungkan ke paparan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Studio Display atau Pro Display XDR, lihat tapak web Sokongan Paparan.
Sambungkan iPad anda menggunakan penyambung USB-C
Pada model dengan penyambung USB-C, anda mungkin boleh menyambungkan iPad ke port USB atau Thunderbolt 3 pada paparan.
Jika kabel pengecas yang disertakan dengan iPad anda tidak serasi dengan port pada paparan, TV atau projektor anda, lakukan yang berikut:
Pasangkan Penyesuai AV Paparan USB-C atau Penyesuai Berbilang Port VGA USB-C ke port pengecasan pada iPad.
Sambungkan kabel HDMI atau VGA ke penyesuai.
Sambungkan hujung lain kabel HDMI atau VGA anda ke paparan, TV, atau projektor.
Jika perlu, tukar kepada sumber video yang betul pada paparan, TV, atau projektor. Jika anda perlukan bantuan, gunakan manual paparan.
Jika paparan tidak hidup apabila anda menyambungkannya ke iPad, cabutnya daripada iPad, kemudian sambungkannya kembali. Jika ini cara ini tidak berhasil, cabut paparan daripada sumber kuasanya, kemudian sambungkannya kembali.
Lihat artikel Sokongan Apple Cas dan sambungkan dengan port USB-C pada iPad Pro.
Sambungkan iPad anda jika ia mempunyai penyambung Lightning
Pada model dengan penyambung Lightning, lakukan yang berikut:
Pasangkan Penyesuai AV Digital Lightning atau Penyesuai Lightning ke VGA ke port pengecasan pada iPad.
Sambungkan kabel HDMI atau VGA ke penyesuai.
Sambungkan hujung lain kabel HDMI atau VGA anda ke paparan, TV, atau projektor.
Jika perlu, tukar kepada sumber video yang betul pada paparan, TV, atau projektor. Jika anda memerlukan bantuan, lihat manual yang disertakan dengan paparan anda.
Untuk mengecas iPad anda semasa ia bersambung ke paparan, TV atau projektor, masukkan salah satu hujung kabel pengecas ke port tambahan pada penyesuai, masukkan hujung kabel pengecas satu lagi ke penyesuai kuasa, kemudian pasangkan penyesuai kuasa ke sumber kuasa.