Cari rakan dalam Cari pada iPad

Apabila rakan berkongsi lokasi mereka, anda boleh menggunakan app Cari untuk mencari mereka pada peta.

Skrin Cari terbuka pada senarai Orang. Terdapat empat orang dalam senarai: Ashley Rico, Olivia Rico, Dawn Ramirez dan Will Rico. Lokasinya ditunjukkan pada peta San Francisco.

Nota: Jika anda mahu melihat sejauh mana rakan anda berada daripada anda, pastikan anda mengaktifkan Lokasi Tepat untuk app Cari. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi.

Lihat lokasi rakan

  1. Pergi ke app Cari pada iPad anda.

  2. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu cari.

    • Jika rakan anda boleh dicari: Mereka kelihatan pada peta jadi anda boleh lihat tempat mereka berada.

    • Jika rakan anda tidak boleh dicari: Anda akan melihat “Tiada lokasi ditemui” di bawah nama mereka.

    • Jika anda tidak mengikuti rakan anda: Anda akan melihat “Boleh melihat lokasi anda” di bawah nama mereka. Anda boleh meminta untuk melihat lokasi rakan.

Hubungi rakan

  1. Pergi ke app Cari pada iPad anda.

  2. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu hubungi.

  3. Ketik Kenalan dan pilih cara anda mahu menghubungi rakan anda. Lihat Tambah dan gunakan maklumat kenalan.

Dapatkan arah ke rakan

Anda boleh mendapatkan arah ke lokasi semasa rakan dalam app Peta.

  1. Pergi ke app Cari pada iPad anda.

  2. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu dapatkan arah mereka.

  3. Ketik Arah untuk membuka Peta.

Lihat Dapatkan arah dalam Peta.

Setkan label untuk lokasi rakan

Anda boleh mengesetkan label untuk lokasi semasa rakan untuk menjadikannya lebih bermakna (seperti Rumah atau Kerja). Label kelihatan di bawah nama rakan anda apabila mereka berada di lokasi tersebut.

  1. Pergi ke app Cari pada iPad anda.

  2. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu setkan label lokasi.

  3. Ketik Edit Nama Lokasi, kemudian pilih label.

    Untuk menambah label baharu, ketik Tambah Label Tersuai, masukkan nama, kemudian ketik Selesai.

Tandakan rakan sebagai kegemaran

Rakan kegemaran kelihatan di atas senarai Orang dan ditanda dengan bintang.

  1. Pergi ke app Cari pada iPad anda.

  2. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian cari orang yang anda mahu tandakan sebagai kegemaran.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik nama orang, kemudian ketik Tambah [nama] ke Kegemaran.

    • Leret ke kiri merentas nama orang, kemudian ketik bintang.

Untuk mengeluarkan rakan daripada Kegemaran anda, leret ke kiri dan ketik bintang, atau ketik rakan, kemudian ketik Keluarkan [nama] daripada Kegemaran.