Pengesahan dua faktor

Jika anda mencipta Akaun Apple anda pada peranti dengan iOS 13.4, iPadOS 13.4, macOS 10.15.4, atau lebih baharu, akaun anda menggunakan pengesahan dua faktor secara automatik.

Pengesahan dua faktor untuk Akaun Apple tersedia dalam iOS 9, iPadOS 13, OS X 10.11, atau lebih baharu. Jika sebelum ini anda mencipta Akaun Apple tanpa pengesahan dua faktor, ikuti langkah ini untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor:

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan.

  2. Ketik Aktifkan Pengesahan Dua Faktor, kemudian ikuti arahan dalam talian.

Pengesahan dua faktor membantu mencegah orang lain daripada mengakses Akaun Apple anda (walaupun jika mereka mengetahui kata laluan Akaun Apple anda) dan sesetengah ciri dalam iOS, iPadOS dan macOS memerlukan keselamatan pengesahan dua faktor. Apabila pengesahan dua faktor aktif, hanya anda boleh mengakses akaun anda menggunakan peranti dipercayai. Apabila anda mendaftar masuk ke peranti baharu untuk kali pertama, anda perlu menyediakan dua jenis maklumat—kata laluan Akaun Apple anda dan kod pengesahan enam digit yang dihantar ke nombor telefon anda atau dipaparkan pada peranti anda yang dipercayai secara automatik. Dengan memasukkan kod, anda mesti mengesahkan bahawa anda mempercayai peranti baharu.