Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPad

Anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka dengan mengikuti langkah dalam Setkan jadual dengan Masa Skrin pada iPad, atau jika mereka berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga yang anda merupakan pengelola, anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk mereka menerusi Perkongsian Keluarga pada peranti anda.

Jika anda ialah pengelola (atau ibu bapa atau penjaga) kumpulan Perkongsian Keluarga, semasa anda menyediakan akaun kanak-kanak, anda masukkan nama dan tarikh lahir kanak-kanak. Tarikh lahir kanak-kanak digunakan untuk mengesetkan sekatan kandungan dicadangkan yang menentukan kandungan yang mereka boleh akses.

Anda boleh menyediakan sekatan kandungan, had komunikasi dan masa henti secara manual kemudian dalam Seting  > Masa Skrin pada peranti kanak-kanak.

Apabila anda menyediakan peranti untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun, had Keselamatan Komunikasi dan Kandungan Web diaktifkan secara lalai dan boleh diurus kemudian dalam seting Masa Skrin. (Umur ini berbeza mengikut negara atau rantau.)

Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin, skrol ke bawah dan pilih ahli keluarga di bawah Keluarga.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut untuk ahli keluarga:

Lihat atau tukar kenalan ahli keluarga anda

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin, kemudian pilih nama ahli keluarga anda. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).

  3. Ketik Had Komunikasi, kemudian aktifkan Urus kenalan [nama anak].

    Untuk membolehkan anak anda menambah dan mengedit kenalan, aktifkan Benarkan Pengeditan Kenalan.

  4. Buatkan anak anda meluluskan permintaan pengurusan kenalan pada peranti mereka.

  5. Setelah anak anda menerima permintaan anda, lakukan mana-mana yang berikut:

    • Lihat kenalan anak anda: Ketik Kenalan.

    • Edit kenalan anak anda: Ketik Kenalan, ketik nama, kemudian ketik Edit di bahagian kanan atas skrin.

    • Keluarkan seseorang daripada kenalan anak anda: Ketik Kenalan, ketik nama, kemudian ketik Padam Kenalan. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).

    • Tambah seseorang daripada kenalan anak anda: Ketik Kenalan, kemudian tambah butang di penjuru kanan atas.

    Nota: Anda perlu memasukkan kod laluan Masa Skrin anak setiap kali anda melihat atau membuat perubahan pada kenalan anak anda.

Aktifkan atau nyahaktifkan menyemak untuk imej dan video sensitif dalam komunikasi pada iPad ahli keluarga

Anda boleh membuatkan iPad ahli keluarga anda mengesan kebogelan dalam imej dan video sebelum ia dihantar atau diterima. Ciri ini tersedia dalam Mesej, AirDrop, Poster Kenalan, FaceTime, pemilih Foto dan album dikongsi dalam Foto. Foto atau video bogel juga boleh dikesan apabila dipilih untuk dikongsi dalam sesetengah app pihak ketiga.

Jika percubaan untuk menghantar foto atau video yang mungkin mengandungi kebogelan dikesan, Keselamatan Komunikasi menyediakan amaran, memberikan pilihan untuk kekal selamat dan menyediakan sumber yang membantu. Foto dan video dianalisis pada peranti. Apple tidak menerima petunjuk yang kebogelan telah dikesan dan tidak mendapatkan akses kepada foto atau video tersebut.

Lihat artikel Sokongan Apple Perihal Keselamatan Komunikasi pada peranti Apple anak anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Nota: Keselamatan Komunikasi diaktifkan secara lalai untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun selepas Masa Skrin disediakan (umur berbeza mengikut negara atau rantau).

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin, skrol ke bawah, kemudian pilih nama ahli keluarga anda.

  3. Ketik Keselamatan Komunikasi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Keselamatan Komunikasi.

    Anda mungkin perlu memasukkan kod laluan Masa Skrin.

Nota: Apabila anda mengaktifkan Keselamatan Komunikasi, ia mengaktifkan Amaran Kandungan Sensitif dalam Seting > Privasi & Keselamatan. Lihat Terima amaran tentang kandungan sensitif pada iPad.

Anda boleh membantu Apple meningkatkan Keselamatan Komunikasi dengan berkongsi data analitis dan penggunaan. Mesej atau media tidak dikongsi dengan Apple. Untuk mengaktifkan ini, pergi ke Seting > Masa Skrin > Keselamatan Komunikasi > Tingkatkan Keselamatan Komunikasi.

Sekat kandungan dewasa pada iPad ahli keluarga

Apabila anda menyediakan akaun kanak-kanak, anda memasukkan nama dan tarikh lahir kanak-kanak selepas mengetik Cipta Akaun Kanak-kanak. Umur kanak-kanak menentukan kandungan yang mereka boleh akses secara automatik. Anda juga boleh membantu memastikan bahawa sesetengah kandungan—seperti Muzik, Podcasts atau News— pada peranti ahli keluarga anda bersesuaian dengan umur dengan mengehadkan penilaian eksplisit dalam Kandungan & Privasi secara manual.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad ahli keluarga anda.

  2. Ketik Masa Skrin, ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.

  3. Pilih pilihan kandungan dan privasi khusus. Selain itu, lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk melindungi pendengaran ahli keluarga anda, skrol ke bawah, ketik Kurangkan Audio Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan. (Ini menghalang perubahan kepada kelantangan fon kepala maksimum.) Lihat Kurangkan bunyi fon kepala kuat dalam Seting.

    • Untuk mengubah suai kandungan yang anak anda boleh akses dalam app dan ciri khusus, ketik App & Ciri Dibenarkan, kemudian nyahaktifkannya. Untuk membenarkan akses, aktifkannya.

  4. Ketik butang Balik di bahagian kiri atas.

Tambah atau tukar seting Masa Skrin untuk ahli keluarga kemudian

Untuk menambah atau menukar seting Masa Skrin kemudian, ikut langkah yang diterangkan dalam bahagian di atas.

Penting: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka (bukan menerusi Perkongsian Keluarga) dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh menggunakan Akaun Apple anda untuk meresetnya. Namun, jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti anda menerusi Perkongsian Keluarga dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh meresetnya pada peranti anda menggunakan kod laluan, Touch ID, atau Face ID peranti anda.