Jadikan teks lebih mudah dibaca pada iPad
Anda boleh menjadikan teks lebih mudah dibaca pada iPad dengan meningkatkan saiznya, menjadikannya tebal dan banyak lagi.

Jadikan teks lebih besar dan lebih tebal
Anda boleh mengesetkan saiz teks utama tunggal untuk semua app disokong (termasuk Kalendar, Mail, Mesej, Nota, Seting dan banyak lagi). Anda juga boleh mengaktifkan teks tebal.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jadikan teks lebih besar: Ketik Teks Lebih Besar, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan saiz teks.
Untuk saiz teks tambahan, aktifkan Saiz Kebolehcapaian Lebih Besar.
Jadikan teks lebih tebal: Aktifkan Teks Tebal.
Petua: Tukar saiz teks semasa anda berada dalam app. Buka Pusat Kawalan, kemudian laraskan gelangsar Saiz Teks
. Jika anda tidak melihat gelangsar Saiz Teks, ketik
di penjuru atas kiri, ketik Tambah Kawalan, kemudian ketik kawalan Saiz Teks.
Anda juga boleh mengaktifkan Zum Paparan untuk meningkatkan saiz teks serta elemen antara muka seperti ikon dan butang.
Jadikan elemen atas skrin lebih mudah dilihat
Anda boleh menjadikan elemen atas skrin—seperti kawalan, butang dan Pusat Kawalan—lebih mudah untuk dilihat dengan menambah jidar di sekelilingnya.
Pergi ke app Seting
pada iPad anda.Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Paparan & Saiz Teks.
Aktifkan Tunjukkan Jidar.
Anda juga boleh menukar paparan warna pada iPad untuk memudahkan anda melihat perkara atas skrin atau zum masuk pada skrin.