Import dan eksport foto serta video pada iPad

Anda boleh mengimport foto dan video terus ke app Foto daripada kamera digital, kad memori SD, atau iPad atau iPhone lain yang mempunyai kamera. Anda juga boleh mengeksport versi tidak diubah suai foto dan video anda secara terus ke pemacu luaran, kad memori atau peranti storan lain yang disambungkan ke iPad anda.

Import foto dan video ke iPad anda

Import foto dan video yang disimpan pada peranti lain seperti kamera digital atau pemacu luaran ke app Foto pada iPad anda.

  1. Masukkan penyesuai kamera atau pembaca kad ke penyambung Lightning atau penyambung USB-C, atau sambungkan peranti terus ke iPad anda.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Sambungkan kamera: Sambungkan penyesuai ke kamera, kemudian aktifkan kamera dan pastikan kamera dalam mod pemindahan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan kamera.

    • Sambungkan peranti storan luaran atau masukkan kad memori SD ke dalam pembaca kad: Jangan paksa kad masuk ke dalam pembaca. Kad hanya masuk dalam satu arah.

    • Sambungkan iPhone atau iPad: Gunakan penyesuai Lightning atau kabel USB-C yang disertakan dengan peranti untuk menyambungkannya ke penyesuai kamera. Hidupkan dan buka kunci peranti.

  3. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  4. Ketik Import.

  5. Pilih foto dan video yang anda mahu import, kemudian pilih destinasi import anda.

    • Import semua item: Ketik Import Semua.

    • Import item dipilih: Ketik item yang anda mahu ingin import (tanda semak akan kelihatan), ketik Import, kemudian ketik Import Yang Dipilih.

  6. Selepas foto dan video diimport, simpan atau padamkannya pada kamera, kad, iPhone atau iPad.

  7. Tanggalkan penyesuai kamera atau pembaca kad.

Eksport foto dan video ke peranti storan luaran

Anda boleh mengeksport foto dan video yang anda ambil pada iPad anda secara terus ke pemacu luaran, kad memori atau peranti storan lain.

Nota: Untuk foto dan video yang telah diedit, versi asal yang tidak diubah suai akan dieksport.

  1. Sambungkan iPad anda ke peranti storan menggunakan penyambung Lightning atau USB-C, atau sambungkan peranti terus ke iPad anda.

  2. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  3. Pilih foto dan video yang anda mahu eksport.

  4. Ketik butang Kongsi, kemudian ketik Eksport Asal Tidak Diubah Suai.

  5. Ketik peranti storan anda (di bawah Lokasi), kemudian ketik Simpan.

Foto dan video dalam album Tersembunyi tidak akan dipindahkan jika album dikunci. Untuk membuka kuncinya, pergi ke Seting > App > Foto, kemudian nyahaktifkan Gunakan Face ID, Gunakan Touch ID atau Gunakan Kod Laluan.