Bermula dengan Safari pada iPad
App Safari membawakan internet kepada iPad anda. Anda boleh melayari web, tandakan tapak web untuk dilawati semula kemudian, pastikan aktiviti pelayaran anda peribadi dan banyak lagi.
Mula melayari di sini
Halaman mula Safari ialah tempat untuk mula melayari dan menyesuaikan pilihan anda, dengan akses mudah kepada Kegemaran, Senarai Bacaan, Cadangan dan banyak lagi. Buka app Safari, atau ketik , kemudian ketik
untuk membuka halaman mula baharu.
Tandakan tapak web
Simpan tapak web untuk dilawati kemudian. Ketik di sebelah kanan medan carian, kemudian ketik Tambah ke Penanda Buku.
Layari secara peribadi
Simpan aktiviti pelayaran kepada anda sendiri. Apabila anda menggunakan Pelayaran Peribadi, tab yang anda buka tidak kelihatan dalam Sejarah pada iPad atau dalam senarai tab pada peranti lain anda. Ketik , kemudian ketik Peribadi.
Keluarkan kuki dan kosongkan cache anda
Keluarkan kuki dan kosongkan cache pada iPad untuk membuat asal keizinan yang anda berikan kepada tapak web untuk menggunakan lokasi anda (atau menghantar pemberitahuan kepada anda) dan untuk memadamkan sejarah pelayaran anda. Ketik , ketik Sejarah, ketik
, kemudian ketik Kosongkan.
Nota: Mengosongkan sejarah pelayaran anda dalam Safari tidak mengosongkan sebarang sejarah pelayaran yang disimpan secara bebas oleh tapak web yang anda lawati, atau sejarah pelayaran anda dalam app lain.