Ketahui maksud ikon status iPad
Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin memberikan maklumat tentang iPad.
Nota: Jika anda mengaktifkan Fokus, ikonnya kelihatan dalam bar status.
Ikon status | Apakah maksudnya | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Wi-Fi. iPad mempunyai sambungan internet Wi-Fi. Lebih banyak bar, lebih kuat sambungan. Lihat Lihat rangkaian tersedia dan bersambung ke Wi-Fi. | |||||||||||
Isyarat selular. iPad (model Wi-Fi + Cellular) dalam liputan rangkaian selular. Jika tiada isyarat, “Tiada servis” kelihatan. | |||||||||||
Mod Pesawat. Mod Pesawat aktif. Ciri bukan wayarles tersedia, tetapi fungsi wayarles mungkin dinyahdayakan. Lihat Pilih seting untuk perjalanan. | |||||||||||
5G. Rangkaian 5G pembawa anda tersedia dan model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPad anda. | |||||||||||
5G UC. Rangkaian 5G UC pembawa anda tersedia, yang menyertakan versi 5G pembawa anda dengan frekuensi yang lebih tinggi. Model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPad anda. | |||||||||||
5G+. Rangkaian 5G+ pembawa anda tersedia, yang menyertakan versi 5G pembawa anda dengan frekuensi yang lebih tinggi. Model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPad anda. | |||||||||||
5G UW. Rangkaian 5G UW pembawa anda tersedia, yang menyertakan versi 5G pembawa anda dengan frekuensi yang lebih tinggi. Model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan 5G dengan iPad anda. | |||||||||||
5G E Rangkaian 5G E pembawa anda tersedia dan model disokong boleh bersambung ke internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Semak Lihat atau tukar seting data selular. | |||||||||||
LTE. iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke internet melalui rangkaian LTE 4G (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Semak Lihat atau tukar seting data selular. | |||||||||||
4G. iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke internet melalui rangkaian 4G (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Semak Lihat atau tukar seting data selular. | |||||||||||
3G. iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke internet melalui rangkaian 3G. Semak Lihat atau tukar seting data selular. | |||||||||||
EDGE. iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke internet melalui rangkaian EDGE. Semak Lihat atau tukar seting data selular. | |||||||||||
GPRS. iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke internet melalui rangkaian GPRS. Semak Lihat atau tukar seting data selular. | |||||||||||
Sambungan Hotspot Peribadi. iPad disambungkan ke internet menerusi Hotspot Peribadi peranti lain. Lihat Sertai Hotspot Peribadi. | |||||||||||
VPN. iPad bersambung ke rangkaian menggunakan VPN. | |||||||||||
Navigasi. iPad memberikan arah pusingan demi pusingan. Lihat Dapatkan arah memandu. | |||||||||||
Hotspot Peribadi. iPad memberikan Hotspot Peribadi. Lihat Kongsi sambungan internet anda dengan Hotspot Peribadi. | |||||||||||
Panggilan telefon. iPad dalam panggilan telefon. Lihat Gunakan iPhone untuk membenarkan panggilan dan mesej teks pada iPad anda. | |||||||||||
FaceTime. iPad dalam panggilan FaceTime. Lihat Buat panggilan FaceTime. | |||||||||||
Rakaman skrin. iPad merakam skrin anda. Lihat Ambil rakaman skrin. | |||||||||||
Kamera sedang digunakan. App sedang menggunakan kamera anda. Lihat Kawal app yang mempunyai akses kepada kamera dan mikrofon pada iPad anda. | |||||||||||
Mikrofon sedang digunakan. App sedang menggunakan mikrofon anda. Lihat Kawal app yang mempunyai akses kepada kamera dan mikrofon pada iPad anda. | |||||||||||
Penyelarasan. iPad sedang menyelaras dengan komputer anda. Lihat Selaraskan iPad anda dengan peranti lain . | |||||||||||
Aktiviti rangkaian. Terdapat rangkaian atau aktiviti lain. Sesetengah app pihak ketiga menggunakan ikon untuk menunjukkan aktiviti app. Lihat Sambung ke internet | |||||||||||
Kunci. iPad dikunci. Lihat Bangunkan, buka kunci dan kunci iPad. | |||||||||||
Jangan Ganggu. Jangan Ganggu diaktifkan. Lihat Aktifkan atau jadualkan Fokus. | |||||||||||
Kunci orientasi. Orientasi skrin dikunci. Lihat Tukar atau kunci orientasi skrin. | |||||||||||
Perkhidmatan lokasi. App sedang menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Kawal app yang boleh menggunakan lokasi iPad anda. | |||||||||||
Penggera. Penggera disetkan. Lihat Setkan penggera. | |||||||||||
Fon kepala disambungkan. iPad dipasangkan dengan fon kepala Bluetooth® yang diaktifkan dan dalam lingkungan Bluetooth. Lihat Sediakan dan dengar fon kepala Bluetooth. | |||||||||||
Bateri. Menunjukkan paras bateri iPad. Apabila ikon berwarna kuning, Mod Kuasa Rendah diaktifkan. Lihat Tunjukkan peratusan bateri iPad. | |||||||||||
Pengecasan bateri. Bateri iPad sedang dicas. Apabila ikon kelabu, pengecasan dijeda. Lihat Cas bateri. | |||||||||||
Bateri Bluetooth. Menunjukkan paras bateri peranti Bluetooth disokong yang dipasangkan. Lihat Bersambung ke aksesori Bluetooth. | |||||||||||
AirPlay. AirPlay diaktifkan. Lihat Strim video dan foto. | |||||||||||
Kawalan Suara. Kawalan Suara diaktifkan dalam Seting > Kebolehcapaian dan anda boleh menggunakan suara anda untuk berinteraksi dengan iPad. | |||||||||||
RTT. RTT diaktifkan. Lihat Sediakan dan gunakan RTT. | |||||||||||



































