Sediakan berbilang kalendar pada iPad

Dalam app Kalendar, anda boleh menyediakan berbilang kalendar untuk menjejaki jenis peristiwa yang berbeza. Anda boleh menjejak semua peristiwa dan janji temu anda dalam satu kalendar, tetapi kalendar tambahan adalah mudah untuk disediakan dan merupakan cara yang hebat untuk kekal teratur.

Senarai Kalendar dengan tanda semak menunjukkan kalendar yang aktif. Butang Selesai untuk menutup senarai berada di penjuru kanan atas. Butang Tambah Kalendar berada di penjuru kiri bawah.

Sediakan kalendar

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Kalendar di bahagian kiri atas, kemudian ketik Tambah Kalendar di bahagian bawah skrin.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Cipta kalendar iCloud: Ketik Tambah Kalendar, masukkan nama untuk kalendar, kemudian pilih warna untuk kalendar.

    • Langgan kalendar baca sahaja luaran: Ketik Tambah Kalendar Langganan, masukkan URL fail .ics yang anda mahu langgan (dan sebarang maklumat pelayan lain yang diperlukan), kemudian ketik Cari.

    • Tambah kalendar Cuti: Ketik Tambah Kalendar Cuti, kemudian ketik kalendar cuti yang anda mahu langgan.

      Lihat Gunakan kalendar Cuti.

Anda juga boleh melanggan kalendar iCalendar (.ics) dengan mengetik pautan ke kalendar.

Nyahlanggan daripada kalendar

Anda boleh menyahlanggan kalendar yang anda langgan. Apabila anda mengeluarkan kalendar, anda juga boleh melaporkan kalendar sebagai sarap.

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Kalendar di bahagian kiri atas, kemudian ketik butang Info di sebelah kalendar yang anda mahu keluarkan.

  3. Ketik Nyahlanggan, kemudian ketik Nyahlanggan atau Nyahlanggan dan Laporkan Sarap.

    Nota: Apabila anda mengetik Nyahlanggan dan Laporkan Sarap, kalendar dilaporkan kepada Apple sebagai langganan sarap disyaki.

Lihat berbilang kalendar sekali gus

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Untuk melihat berbilang kalendar, ketik butang Kalendar, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Pilih kalendar yang anda ingin lihat.

    • Ketik Hari Cuti AS untuk menyertakan hari cuti kebangsaan dengan peristiwa anda.

    • Ketik Hari Lahir untuk menyertakan hari lahir daripada Kenalan dengan peristiwa anda.

Aktifkan isyarat peristiwa kalendar

Anda boleh mengaktifkan pemberitahuan peristiwa untuk kalendar yang anda cipta atau langgan.

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Kalendar di bahagian kiri atas.

  3. Ketik butang Info bersebelahan kalendar.

  4. Aktifkan atau nyahaktifkan Isyarat Peristiwa.

  5. Ketik butang Selesai.

Tukar warna kalendar

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Kalendar di bahagian kiri atas.

  3. Ketik butang Info bersebelahan kalendar, kemudian pilih warna.

  4. Ketik butang Selesai.

Untuk sesetengah akaun kalendar, seperti Google, warna disetkan oleh pelayan.

Pindahkan peristiwa ke kalendar lain

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Ketik peristiwa, ketik Kalendar, kemudian pilih kalendar untuk dipindahkan peristiwa.