Laraskan kualiti bunyi dalam Muzik pada iPad

Tukar cara muzik berbunyi dalam app Muzik dengan EQ dan Periksa Bunyi.

AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Muzik.

  3. Ketik satu daripada berikut:

    • EQ: Pilih seting penyamaan (EQ).

    • Periksa Bunyi: Normalkan paras kelantangan audio anda.