pangkas

Untuk menala halus titik edit antara setiap pasangan klip selepas anda telah menyusun klip anda dalam garis masa. Setiap kali anda menjadikan klip dalam projek lebih panjang atau pendek, anda memangkas klip tersebut. Walau bagaimanapun, pemangkasan biasanya merujuk pada pelarasan kejituan dari satu bingkai hinggalah kepada beberapa saat.

Nota: Tidak kira cara anda memangkas atau membuat pengeditan lain dalam iMovie, media dasar tidak akan disentuh. Bahagian klip yang dipangkas atau dipadamkan dikeluarkan daripada projek anda, namun klip dalam pustaka dan fail media sumber yang sepadan pada Mac atau peranti storan anda kekal tidak berubah.