penunjuk main

Garis putih menegak yang menandakan kedudukan semasa dalam pelayar atau garis masa. Anda boleh menggerakkan penunjuk main dengan menyeretnya atau mengklik kawasan lain pada pelayar atau garis masa. Anda menggunakan penunjuk main untuk menggosok atau bergerak menerusi filem atau klip dan memainkannya balik dari titik yang berlainan.

Penunjuk main tidak sama dengan pengimbas, iaitu garis menegak putih yang muncul semasa anda menggerakkan penuding ke atas klip dalam pelayar atau garis masa.

Penunjuk main dan pengimbas dalam garis masa

Penunjuk main kekal di kedudukan melainkan anda menggerakkannya atau mengklik di tempat lain.

Anda boleh mengimbas untuk melihat perkara dalam klip lain sambil mengekalkan kedudukan penunjuk main dalam pelayar atau garis masa. Semasa anda mengimbas, penunjuk main malap. Jika penunjuk main dan juga pengimbas berada dalam klip yang sama, pengimbas akan menjadi kedudukan lalai untuk main balik atau mengedit.