rakaman selitan
Rakaman yang mengganggu klip yang sedang bermain buat sementara dan kemudian menyelit kembali ke klip asal. Lazimnya, rakaman selitan adalah berkaitan dengan subjek semasa dan berlaku dalam rangka masa yang sama (contohnya, reaksi penemuramah kepada perkara yang sedang dinyatakan dalam temu ramah). Seringkali, rakaman selitan digunakan untuk menyingkirkan bahagian visual yang tidak diingini dalam klip asal. Audio biasanya kekal berterusan semasa selitan, membantu menjadikan pengeditan kurang menonjol.