Pelayar Projek

Pelayar Projek memaparkan semua projek filem dan treler pada peranti anda. Ketik butang Cipta untuk mencipta projek filem atau treler baru, atau ketik projek sedia ada untuk melihat maklumat tentang projek dan pilihan untuk mengedit, memainkan dan berkongsinya.

Projek dalam pelayar Projek, dengan butang Cipta dan Pilihan Lanjut di bahagian kiri atas.

Jika anda mengedit projek, ketik Selesai, kemudian ketik Projek untuk kembali ke pelayar Projek.