Filem Ajaib

Jenis projek iMovie yang dicipta daripada klip video dan foto daripada pustaka Foto anda secara automatik. Pilih klip video dan foto, kemudian biarkan iMovie mencipta filem anda, lengkap dengan lagu tema, transisi antara klip dan banyak lagi.

Selepas projek Filem Ajaib anda dicipta, anda boleh menambah tajuk, menggunakan penapis dan mengedit klip video serta foto individu untuk menyesuaikan filem anda sepenuhnya.

Untuk membuka projek Filem Ajaib:

  1. Dalam pelayar Projek, ketik projek Filem Ajaib yang anda mahu buka.

  2. Ketik Edit.