Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi ke Mail dalam iMovie pada iPad
Anda boleh berkongsi filem atau treler yang telah siap dalam e-mel menggunakan app Mail. Berkongsi filem atau treler ke Mail mencipta filem dengan resolusi 360p pada 30 bingkai per saat (bps), tanpa mengira kandungan asal.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada pelayar Projek: Ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Jika anda mengedit projek: Ketik Selesai (di penjuru kiri atas) untuk kembali ke skrin butiran projek, kemudian ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Ketik butang Kongsi , kemudian ketik Mail.
Lengkapkan e-mel yang dicipta, kemudian ketik Hantar.