Pelayar projek

Pelayar Projek memaparkan semua projek pada peranti anda. Ketik Mulakan Projek Baharu untuk mencipta projek Filem Ajaib, papan cerita atau filem baharu, atau ketik projek sedia ada untuk melihat maklumat tentang projek dan pilihan untuk mengedit, memainkan dan berkongsinya.

Jika anda mengedit projek, ketik Selesai, kemudian ketik Projek untuk kembali ke pelayar Projek.

Pelayar Projek menunjukkan imej kecil projek sedia ada dan butang Mulakan Projek Baharu di bawah.