Projek papan cerita

Jenis projek iMovie yang memberikan panduan kepada anda untuk membuat video bertema. Pilih daripada pilihan papan cerita—templat prabuat untuk jenis video biasa seperti tutorial memasak, ulasan produk, atau eksperimen sains—untuk membantu anda bermula.

Setiap papan cerita disertakan senarai syot fleksibel yang menyediakan panduan langkah demi langkah untuk klip yang anda perlu rakam bagi membuatkan video serta tajuk, transisi dan muzik anda sepadan.

Untuk membuka projek papan cerita:

  1. Dalam pelayar Projek, ketik projek papan cerita yang anda mahu buka.

  2. Ketik Edit.