Tambah tajuk ke treler dalam iMovie pada iPad
Selepas anda mencipta projek treler dan memilih templat treler, anda boleh menyesuaikan nama filem, barisan pelakon, kredit dan tajuk. Semua maklumat ini kelihatan dalam treler akhir anda.
Tambah maklumat filem
Dengan treler anda terbuka, ketik tab Garis Kasar.
Ketik nama contoh dalam sebarang medan, kemudian taipkan teks baharu.
Dalam medan Nama Studio, taipkan nama rekaan, kemudian ketik Selesai untuk menutup papan kekunci.
Untuk menukar gaya logo studio, ketik nama gaya logo dan ketik gaya logo berlainan.
Jika berkenaan, ketik jantina barisan pelakon dan gaya tajuk untuk memilih yang lain.
Jika templat membenarkan bilangan pelakon yang berlainan, ketik butang Tambah atau butang Keluarkan untuk menambah atau mengeluarkan pelakon.
Tambah tajuk anda sendiri
Dengan treler anda terbuka, ketik tab Papan Cerita.
Ketik sebarang bar biru untuk menjadikan medan teksnya dapat diedit, kemudian taipkan teks baharu.
Untuk mengedit tajuk lain, ketik butang Sebelumnya atau butang Seterusnya di atas papan kekunci.
Anda boleh mengetik butang Kosong di atas papan kekunci untuk mengosongkan semua medan teks dengan cepat.
Apabila anda selesai membuat perubahan, ketik Selesai pada papan kekunci.
Untuk menghidupkan treler anda dengan video dan foto, lihat Tambah video dan foto pada treler dalam iMovie pada iPad.