Jika peranti anda tidak berfungsi dengan Tangkap Imej pada Mac
Jika pengimbas, kamera, atau peranti lain tidak berfungsi dengan Tangkap Imej, anda mungkin perlu memasang perisian yang menjadikan peranti anda serasi (lihat Menyediakan pengimbas). Jika Mac anda mempunyai slot kad SD, anda boleh memasukkan kad SD kamera anda ke dalam Mac anda untuk memindahkan imej.
Cuba mana-mana yang berikut:
Pastikan peranti anda disambungkan dengan selamat ke komputer anda dan diaktifkan. Jika anda memindahkan imej daripada iPhone, iPad atau iPod touch, anda mungkin diminta untuk membuka kunci peranti anda dengan kod laluan atau untuk mempercayai peranti.
Jika kamera anda menggunakan kad SD dan Mac anda mempunyai slot kad SD, masukkan kad SD ke dalam slot pada Mac anda untuk memindahkan imej tanpa menyambungkan kamera.
Jika pengimbas atau pencetak berbilang fungsi anda tidak muncul dalam senarai Peranti atau Dikongsi di dalam Tangkap Imej, layari tapak web pengeluar untuk mengetahui jika ada perisian tersedia.
Periksa dokumentasi yang dibekalkan dengan peranti anda untuk melihat jika ia berfungsi dengan komputer Mac.