
Gunakan Kata Laluan iCloud dalam Chrome pada komputer Windows anda
Jika anda mempunyai iCloud untuk Windows versi 12 atau terkini, anda boleh mengakses kata laluan Safari yang disimpan dalam iCloud pada komputer Windows anda. Kata laluan tersedia dalam Google Chrome yang menggunakan sambungan Kata Laluan iCloud. Ketahui versi iCloud untuk Windows yang anda miliki.
Untuk menyediakan komputer anda, lihat Sediakan Rantai Kunci iCloud dan Kata Laluan iCloud.
Nota: Kata Laluan iCloud hanya berfungsi dalam Chrome pada komputer yang telah memasang iCloud untuk Windows. Ia tidak berfungsi dalam Chrome pada Mac.
Akses kata laluan yang disimpan dalam Google Chrome
Jika anda berada di laman web yang telah anda simpan kata laluan, Kata Laluan iCloud boleh mengisi kata laluan itu secara automatik untuk anda.
Dalam Google Chrome pada komputer Windows, pergi ke laman web yang telah anda simpan kata laluan.
Klik butang Kata Laluan iCloud dalam pelayar anda. Jika digesa, masukkan kod pengesahan enam digit dalam tetingkap timbul.
Klik akaun yang ingin anda gunakan. Nama pengguna dan kata laluan diisi secara automatik pada laman web dan anda boleh mendaftar masuk.
Tambah kata laluan baharu
Apabila anda mencipta akaun baharu atau memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang tidak disimpan dalam iCloud, Kata Laluan iCloud boleh menyimpan kelayakan dalam iCloud. Kemudian, anda boleh mengakses nama pengguna dan kata laluan pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac dengan Rantai Kunci iCloud dihidupkan.
Dalam Google Chrome pada komputer Windows, cipta atau masukkan akaun baharu pada laman web. Jika digesa, masukkan kod pengesahan enam digit dalam tetingkap timbul.
Klik Simpan Kata Laluan dalam pemberitahuan untuk menambah akaun ke iCloud.
Jika anda tidak mahu menambah akaun ke iCloud, klik Bukan Sekarang atau Jangan untuk Laman Web Ini.
Jika anda memilih Jangan untuk Laman Web Ini dan mengubah fikiran, anda boleh menetapkan pilihan ini semula pada Mac anda. Lihat Jika anda tidak dapat menyimpan kata laluan dalam Safari pada Mac dalam Panduan Pengguna Safari.
Kemas kini kata laluan yang sedia ada
Jika anda telah mengubah kata laluan anda pada laman web dan kata laluan lama disimpan dalam iCloud, anda boleh mengemas kini kata laluan apabila anda mendaftar masuk ke laman web itu buat kali seterusnya. Kata laluan juga kekal dikemas kini pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac anda yang menghidupkan Rantai Kunci iCloud.
Dalam Google Chrome pada komputer Windows, pergi ke laman web dan daftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang dikemas kini. Jika digesa, masukkan kod pengesahan enam digit dalam tetingkap timbul.
Klik Kemas Kini Kata Laluan dalam pemberitahuan.
Jika anda tidak mahu mengemas kini kata laluan dalam iCloud, klik Bukan Sekarang.
Lihat sama ada anda mempunyai kata laluan yang disimpan
Ikon pada butang dalam pelayar anda memberitahu anda sama ada anda mempunyai kata laluan yang disimpan dan boleh mengakses kata laluan tersebut.
Ikon | Penerangan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Anda mempunyai kata laluan yang disimpan untuk laman web ini. Klik butang untuk mengakses kata laluan ini. | ||||||||||
![]() | Anda mempunyai kata laluan yang disimpan untuk laman web ini. Dayakan Kata Laluan iCloud untuk mengakses kata laluan ini. Klik butang dan ikut arahan pada skrin. | ||||||||||
![]() | Anda tidak mempunyai kata laluan yang disimpan untuk laman web atau Kata Laluan iCloud tidak boleh mengisi mana-mana medan pada halaman. | ||||||||||
![]() | Pastikan anda telah mendaftar masuk ke dalam app iCloud untuk Windows dan Kata Laluan iCloud didayakan. |