Foto yang sama ditunjukkan pada iPhone, iPad dan Mac.

Apakah itu iCloud?

iCloud ialah perkhidmatan daripada Apple yang menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat, memastikan maklumat itu terkini di semua peranti anda, dan memudahkan perkongsian foto, fail anda dan banyak lagi dengan rakan dan keluarga.

Dapatkan pengenalan kepada iCloud

Satu grid ikon app termasuk Foto, iCloud Drive, Mail dan banyak lagi.

Gunakan iCloud dengan app kegemaran anda

Lihat foto dan video yang sama di mana‑mana sahaja. Pastikan fail anda dikemas kini pada semua peranti anda. Simpan data daripada app kegemaran anda dan lihatnya di mana‑mana sahaja iCloud dihidupkan.

Ketahui cara app dan ciri menggunakan iCloud

Skrin Sembunyikan E‑mel Saya dalam Safari pada iPhone.

Dapatkan lebih banyak storan dan ciri dengan iCloud+

Apabila anda menaik taraf ke iCloud+, anda mendapat lebih banyak storan iCloud untuk foto dan fail anda serta akses kepada ciri seperti Geganti Peribadi iCloud dan Sembunyikan E‑mel Saya.

Lihat ciri yang disertakan dengan iCloud+

Halaman utama iCloud.com pada Mac.

Guna iCloud di web

Lihat mel, foto, fail dan banyak lagi di iCloud.com. Semuanya selamat, terkini dan tersedia di mana‑mana sahaja anda berada.

Daftar masuk dan gunakan iCloud.com

Untuk meneroka Panduan Pengguna iCloud, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda perlukan bantuan lanjut, lawati laman web Sokongan iCloud.

Tidak semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.